JAWATANKUASA
a) Pemilihan Jawatankuasa
i)
Ahli
Jawatankuasa adalah mengandungi ahli biasa yang dipilih di dalam Mesyuarat Agong
Tahunan dan perlantikan mereka adalah secara sukarela.
ii)
Mana-mana
Ahli Jawatankuasa yang telah terpilih tidak dibenarkan menarik diri atau
meletakkan jawatan kecuali beliau telah pernah menjadi Ahli Jawatankuasa pada
tahun sebelumnya secara berturut-turut ; ataupun di dalam kes-kes tertentu
adalah berdasarkan persetujuan suara ramai ahli setelah beliau memberikan
alasan yang memuaskan.
b) Insentif Untuk Jawatankuasa
i)
Setiap
Ahli Jawatankuasa yang terpilih diberi insentif berupa diskaun yuran bulanan
sebanyak RM1.00 (Ringgit Malaysia Satu sahaja) dari jumlah yuran bulanan yang
perlu dibayar.
c) Jawatan Di Dalam Jawatankuasa
Ahli Jawatankuasa yang seramai
sebelas (11) orang itu terdiri daripada :
Seorang (1) Pengerusi ;
Seorang (1) Naib Pengerusi ;
Seorang (1) Setiausaha ;
Seorang (1) Bendahari ;
Seorang (1) Penolong Bendahari ; dan
Enam (6) Orang Ahli Jawatankuasa
Biasa
d) Bidang Tugas Ahli Jawatankuasa
i)
Pengerusi
Mempengerusikan
segala Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Khas, serta bertanggungjawab di
atas kelicinan pentadbiran Kelab.
ii)
Naib
Pengerusi
Membantu
Pengerusi menyeliakan urusan-urusan pentabdiran Kelab. Dalam masa ketiadaan,
Pengerusi dia akan mempengerusikan segala mesyuarat-mesyuarat dan juga
menjalankan tugas Pengerusi.
iii)
Setiausaha
Menguruskan
segala peringatan-peringatan Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Khas, menjaga
buku-buku peringatan Kelab, menjaga buku daftar bagi ahli-ahli dan menjalankan
tugas-tugas yang patut diselenggarakan oleh Setiausaha.
-:3:-
iv)
Bendahari
Mengutip
segala yuran kelab, menyimpan buku kira-kira wang masuk-keluar serta
menyediakan:
Ø
Penyata
kira-kira bulanan ;
Ø
Penyata
kira-kira tahunan berakhir pada 31 hb Disember. Penyata kira-kira ini hendaklah
diperiksa dan disahkan oleh dua orang Pemeriksa Kira-Kira (Juru audit) yang
dilantik dalam Mesyuarat Agong Tahunan. ;
Ø
Bendahari
tidak dibenarkan menyimpan wang tunai di tangan lebih daripada RM100.00 (Ringgit
Malaysia Seratus sahaja) pada satu-satu ketika dan semua wang yang lebih
daripada itu hendaklah dimasukkan ke dalam bank yang telah dipersetujui oleh
Jawatankuasa. ;
Ø
Beliau
bertanggungjawab berkenaan dengan segala wang yang diterima dan dibayar serta
diberikuasa menandatangani cek-cek bagi pihak Kelab bersama-sama dengan
Pengerusi atau Setiausaha. Pada tiap-tiap enam (6) bulan beliau akan
menampalkan penyata kira-kira akhir di papan kenyataan untuk maklumat ahli ;
dan
Ø
Peruntukkan
wang sumbangan dari masa ke semasa untuk perkara-perkara berikut mengikut kadar
yang telah ditetapkan kepada Ahli :
1)
Kelahiran
: Anak pertama : RM50.00
Anak
seterusnya : RM30.00
2)
Sakit
Tinggal di Hospital :
Ahli / Ahli Keluarga* : RM60.00
3)
Kematian
Ahli / Ahli Keluarga ** : RM100.00
4)
Perkahwinan
: RM40.00
5)
Jamuan
Perayaan *** : RM100.00
6)
Jamuan
Perpisahan Ahli Bertukar Jabatan : Jamuan Teh
7)
Jamuan
Perpisahan Keluar Dari Majlis
(Pencen
dll…) : Jamuan Makan & Cenderamata
8)
Cenderamata
Perpisahan : RM100.00
Dan juga lain-lain perkara
yang difikirkan perlu serta dipersetujui oleh semua Jawatankuasa.
Nota:
*
Nilainya boleh diubahsuai mengikut keputusan Ahli Jawatankuasa.
**
Ibu, Bapa, Suami / Isteri serta Anak-anak
*** Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina
dan Deepavali
v)
Penolong
Bendahari
Membantu
Bendahari dalam segala urusan kewangan. Dalam masa ketiadaan Bendahari dia akan
mengambilalih segala tugas-tugas Bendahari kecuali menandatangani cek-cek bagi
pihak Bendahari.
-:4:-
vi)
(6)
Ahli Jawatankuasa Biasa
Mengambil
bahagian yang cergas untuk mengatur dan menjalankan rancangan-rancangan kelab.
e) Kewajipan Jawatankuasa
i)
Jawatankuasa
kelab bertanggungjawab menjalankan dasar, kewangan dan kemajuan kelab.
ii)
Jawatankuasa
ini boleh menubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil / Biro-biro jika
difikirkan mustahak dan memberi kewajipan-kewajipan khas kepada Ahli
Jawatankuasa.
iii)
Jawatankuasa
ini berkuasa memilih ahli-ahli untuk menjalankan sesuatu kerja.

Comments
Post a Comment