MESYUARAT-MESYUARAT




MESYUARAT-MESYUARAT

a)         Mesyuarat Jawatankuasa:

i)              Jawatankuasa akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan. Mesyuarat-mesyuarat akan dipanggil oleh Setiausaha Kehormat dan beliau hendaklah mengadakan surat-surat pemberitahu berkenaan mesyuarat selewat-lewatnya 3 hari sebelum mesyuarat dijalankan.

ii)             Mesyuarat hanya sah dijalankan dan mencukupi koram apabila dihadiri oleh sekurang-kurangnya setengah daripada jumlah Ahli Jawatankuasa.

b)         Mesyuarat Agong Tahunan:

i)              Mesyuarat Agong Tahunan bagi semua Ahli Kelab hendaklah diadakan tiap-tiap tahun.

ii)             Jawatankuasa akan menetapkan tarikh Mesyuarat Agong Tahunan dan akan memberitahu kepada semua ahli selewat-lewatnya 7 hari sebelum mesyuarat dijalankan.



-:6:-

iii)            Mesyuarat Agong Tahunan akan diadakan selewat-lewatnya bulan Februari tiap-tiap tahun dan perkara-perkara di bawah ini hendaklah dijadikan agenda untuk dibincangkan di dalam mesyuarat itu;

Ø  Membaca dan mengesahkan Peringatan Mesyuarat Agong yang lalu;

Ø  Perkara-perkara yang berbangkit daripadanya;

Ø  Menerima dan mengesahkan Penyata Tahunan bagi tahun yang lalu;

Ø  Menerima dan mengesahkan Penyata Kira Tahunan bagi tahun yang lalu;

Ø  Menerima dan mengesahkan Penyata Kira-Kira Tahunan bagi tahun yang lalu;

Ø  Melantik pegawai-pegawai dan Ahli Jawatankuasa yang baru serta Pemeriksa Kira-Kira untuk tahun akan datang; dan

Ø  Membincangkan perkara-perkara lain.

iv)           Mesyuarat Agong Tahunan hanya sah dijalankan dan mencukupi koram apabila dihadiri oleh setengah (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa, ikut mana yang kurang.

Comments