PINJAMAN WANG KELAB

Pihak kelab ada menyediakan kemudahan pinjaman wang untuk ahli yang memerlukan dengan berdasarkan syarat-syarat dan perkara seperti berikut:

a)         Terbuka kepada semua Ahli Kelab ;

b)         Pinjaman hendaklah dibuat dengan cara mengisi boring permohonan yang disediakan, lalu diserahkan kepada Bendahari setelah dilengkapkan ;

c)         Jumlah pinjaman hanyalah RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima puluh sahaja) bagi seorang peminjam pada satu masa ;

d)         Pinjaman dihadkan kepada 3 (tiga) orang sahaja dalam masa sebulan. Namu begitu pertimbangan akan dibuat oleh 4 (empat) orang Ahli Panel REKSO (yang ditentukan oleh Pengerusi) untuk kelulusan sekiranya pemohon melebihi 3 (tiga) orang ;

e)         Setiap pinjaman RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima puluh sahaja) akan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00 (Ringgit Malaysia Satu sahaja) ;

f)          Pembayaran balik hendaklah diserahkan kepada Bendahari pada gaji yang diperolehi pada bulan pinjaman dibuat ;

g)         Bagi peminjam yang lewat membayar balik pinjaman pada bulan pinjaman dibuat, denda akan dikenakan sebanyak RM1.00 (Ringgit Malaysia Satu sahaja) apabila membayar pinjaman pada bula baru ; dan akan bertambah RM1.00 (Ringgit Malaysia Satu sahaja) lagi pada bulan berikutnya ;

h)         Pihak Panel REKSO berhak (jika difikirkan perlu) membekukan pinjaman apabila keadaan kewangan kelab dari RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus sahaja);

i)          Sebarang masalah yang timbul berkaitan dengan pinjaman wang kelab akan dirujuk kepada Jawatankuasa kelab untuk keputusan melalui Mesyuarat khasnya

Comments