PENGENALAN REKSO


 
logo rasmi Rekso



Nama kelab ini ialah ‘KELAB REKREASI DAN SOSIAL JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN’ atau singkatannya ‘KELAB REKSO JPB’.

Ditubuhkan bagi tujuan menyatukan kakitangan Jabatan Perancangan Pembangunan dalam memupuk satu semangat dan silaturahmi antara pegawai tertinggi dan kakitangan Am jabatan. 

Peranan yang besar dimainkan oleh setiap AJK bagi memastikan program-program dirancang dan diatur supaya memenuhi keperluan semasa.

Disamping itu, kami merancang dan mengadakan rancangan-rancangan kebajikan untuk semua ahli seperti yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Tadbir yang bermesyuarat dari masa ke semasa.



Alamat tetap kelab ini ialah : Jabatan Perancangan Pembangunan
  Majlis Perbandaran Pulau Pinang
  Tingkat 16, KOMTAR,
  Jalan Penang
  10675 Pulau Pinang.





Comments